Friday, 5 May 2017

3 Jenis Anemia yg kerap berlaku kepada ibu hamil

Apa itu hb low?

Hb low atau anemia ialah kekurangan sel darah merah yg diperlukan untuk mengangkut nutrien dan oksigen yg diperlukan oleh tubuh manusia.



Keperluan untuk ibu hamil semakin meningkat mengikut usia kehamilan.


Diyana nak kongsikan 3 jenis anemia yg kerap berlaku kepada ibu hamil

1) Anemia disebabkan oleh kurang ZAT BESI

    - Berlaku apabila kurangnya zat besi untuk hasilkan hb iaitu heamoglobin. Hb ialah protein yg terdapat pada sel darah merah yg mmbntu angkut oksigen ke selutuh badan.

2) Anemia disebabkan kurang ASID FOLIK

   - asid folik bntu untuk hasilkan sel baru termasuklah sel darah merah. Kurang pengambilan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan iaitu spina bifida dan kurang berat lahir bayi.

3) Anemia disebabkan kurang VITAMIN B12

   - Vitamin B12 juga membntu penghasilan sel darah merah. Jika kurang pengmbilan pemakanan yg mngndungi b12 bole menyebabkan anemia tau.. check balik pemakann ibu2 semua.

Semoga memberi manfaat 

Love to share
Diyana
0167244796


No comments:

Post a Comment